Konsep Kesantunan
-Santun
-Menurut Kamus Dewan (1984), hal. 1115 santun bermaksud halus budi bahasa atau budi pekerti, beradab atau sopan
-Berbahasa dengan santun ialah menggunakan bahasa secara:
i. halus,
ii. nilai rasa yang baik,
iii.penuh kesopanan,
iv.berusaha menghindari konflik antara penutur dengan pendengar dalam proses berkomunikasi.
Kesantunan
Menurut Kamus Dewan (1984): perihal (sifat dsb) santun, kesopanan, kehalusan (budi bahasa atau budi pekerti)
-Awang
Sariyan (2007) memberi definisi kesantunan sebagai penggunaan bahasa
yang baik, sopan, beradab, memancarkan peribadi mulia dan menunjukkan
penghormatan kepada pihak yang menjadi teman bicara.
-Kesantunan
merupakan aturan perilaku yang ditetapkan dan disepakati bersama oleh
sesuatu masyarakat tertentu sehingga menjadi prasyarat dalam
bermasyarakat
-Kesantunan dapat dilihat dari pelbagai segi dalam pergaulan sehari-hari:
i. kesantunan memperlihatkan sikap yang mengandung nilai sopan santun atau etiket dalam pergaulan sehari-hari.
-Orang yang santun tergambar nilai sopan santun atau nilai etiket pada dirinya
ii.
kesantunan sangat kontekstual - berlaku dalam masyarakat, tempat, atau
situasi tertentu, tetapi belum tentu berlaku dalam masyarakat, situasi
dan tempat lain
-Misalnya,
penggunaan kata-kata yang agak kasar boleh berlaku dalam pergaulan
rakan-rakan karib, tetapi tidak sopan jika digunakan terhadap rakan yang
baru dikenali
-Penggunaan
kata ganti 'aku' dalam perbualan dengan ibu bapa biasa digunakan dalam
masyarakat Cina, tetapi tidak sopan dalam bagi masyarakat Melayu
iii.
kesantunan selalu berlaku dalam hubungan dua pihak seperti antara anak
dan orang tua, antara orang yang masih muda dan orang yang lebih tua,
antara tuan rumah dan tamu, antara lelaki dan wanita, antara murid dan
guru, dan sebagainya.
-Misalnya, seorang anak sentiasa akan menghormati dan berbahasa santun dengan ibu bapa
-Namun
mungkin tidak berlaku jika anak ini berkomunikasi dengan rakan-rakan
sebaya, ada ketikanya komunikasi dalam bentuk bahasa kasar
iv. kesantunan tercermin dalam aspek kehidupan seperti:
a) cara berpakaian (berbusana),
b) cara bekerja
c) cara bertutur
d) cara makan
e) cara belajar
f) cara berpolitik dan lain-lain
Takrifan Kesantunan Oleh Tokoh-Tokoh Dunia
I. Menurut Asmah Haji Omar (2000):
a)
kesantunan mengikut perspektif Melayu ialah penggunaan bahasa
sehari-hari yang tidak menimbulkan kegusaran, kemarahan dan rasa
tersinggung daripada pendengar.
-Kesantunan masyarakat Melayu berdasarkan agama Islam dan adat Melayu
-Orang Melayu sangat mementingkan kesantunan dalam hubungan masyarakat
-Bahasa halus dan tersirat selalu digunakan supaya tidak mengecil hati orang lain.
b)
Asmah Hj. Omar (2000), pula menyatakan kesantunan ialah kaedah atau
strategi yang digunakan oleh penutur untuk mencapai tujuan tertentu.
-Strategi ini dikaitkan dengan kesantunan dan perlu dikuti dengan tingkah laku dan tutur kata yang santun.
-Strategi kesantunan melibatkan beberapa faktor seperti
kesedaran akan peranan masing-nasing, pengetahuan tentang perbezaan
taraf sosial, kuasa dan keperluan mengawal perbincangan berdasarkan
tajuk atau air muka yang menggambarkan maruah dan martabat.
c) Asmah Hj. Omar (2000), telah membahagikan kesantunan kepada dua jenis iaitu
i. kesantunan asas
ii. kesantunan berkala.
i. Kesantunan asas ialah kesantunan sedia ada yang merupakan pedoman bagi masyarakat berhubung antara satu sama lain.
-Dengan
cara menunjukkan adanya sikap berbaik-baik antara satu sama lain yang
menghendaki ahli masyarakat bersopan santun antara satu sama lain.
-
Ini kerana dalam mana-mana masyarakat yang bertamadun ada kesopanan
asas yang dikaitkan dengan didikan sejak awal lagi seperti yang terdapat
dalam ajaran Islam atau agama-agama lain.
ii.
Kesantunan berkala pula merujuk kepada kesantunan yang menggambarkan
ucapan yang dilakukan oleh masyarakat dalam hubungan antara satu sama
lain keadaan, situasi dan tempat tertentu
-Antaranya
ialah taraf dan peranan orang yang bercakap, di mana dan dalam keadaan
yang bagaimana, apa yang dipercakapkan, mengapa percakapan itu berlaku
dan cara percakapan disampaikan.
-Misalnya rakyat biasa dengan raja, rakyat dengan pemimpin, anak murid dengan guru dll
-Komunikasi tersebut mempunyai adab, peraturan dan etika tertentu
II. Leech (1983), menginterpretasikan kesantunan sebagai perlakuan yang dapat mengurangkan pergeseran dalam sesuatu interaksi.
-bahasa mesti halus
-beradab sopan
-perlakuan lemah-lembut
-berbudi pekerti
III.
J. Ferguson dan Das Gupta (1968), pula menyatakan kesantunan itu
berlaku apabila kontrak perbualan digunakan oleh penutur dan pendengar
sebagai usaha mengekalkan komunikasi yang harmoni tanpa menimbulkan
sebarang konflik.
-Wujud persetujuan bersama dalam masyarakat
-Mewujudkan etika dan peraturan bermasyarakat
- Biasanya mengamalkan budaya yang sama
-Ingin melahirkan masyarakat yang harmoni dan aman
IV. Kesantunan dari sudut Islam menurut ajaran yang disampaikan oleh Nabi Muhammad SAW melalui hadis-hadis:-
a) “Barang siapa yang beriman pada Allah dan hari akhir maka hendaklah berkata baik atau lebih baik diam.”
b)
“Sesungguhnya orang yang paling aku benci dan paling jauh dariku nanti
di hari Kiamat ialah orang yang banyak bercakap dan sombong dalam
berbicara.
c) “ Bukanlah seseorang itu mukmin jika suka mencela, melaknat dan berkata-kata keji.”
d)
“Tanda-tanda munafik itu ada 3 perkara, jika ia berbicara ia berdusta,
jika ia berjanji ia mengingkarinya dan jika diberi amanah ia khianat.”
e)
“ Janganlah kalian saling dengki-mendengki, dan janganlah kalian saling
membenci, dan janganlah kalian saling berkata-kata keji antara satu
dengan yang lain, dan jadilah hamba-hamba Allah yang bersaudara.”
f) "Sebaik-baik manusia di antara kamu ialah orang yang akhlaknya baik".
V. Menurut Hamka:
a) Kecantikan yang abadi terletak pada keelokan adab dan ketinggian ilmu seseorang, bukan terletak pada wajah dan pakaiannya.
b) Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.
c)
Bertambah kuat kepercayaan kepada agama, bertambah tinggi darjatnya di
dalam pergaulan hidup, dan bertambah naik tingkahlaku dan akal budinya.
VI. Menurut Aristotle
a) Yang meninggikan darjat seseorang ialah akal dan adabnya, bukan asal keturunannya.
b) Adab dan sopan itu lebih penting daripada makan dan minum.
VII.
Menurut Khalifah Abdul Malik Marwan, semulia-mulia manusia ialah orang
yang mempunyai adab yang merendah diri ketika berkedudukan tinggi,
memaafkan orang lain ketika berdaya membalas, dan bersikap adil ketika
kuat.
Wednesday, August 27, 2014
Saturday, August 16, 2014
KONSEP BUDI BAHASA DALAM MASYARAKAT MALAYSIA.
1.MAKSUD BUDI.
1.1 Maksud budi dari segi bahasa dan istilah :
} Menurut Kamus Dewan(2005),budi ialah
akal dan kebijaksanaan,atau perangai,akhlak,tingkah laku,kelakuan,watak atau
sifat baik,perbuatan yang baik,kebajikan,bicara dan daya upaya yang baik.Ini
membawa maksud budi ialah kebaikan atau kebijaksanaa yang dilakukan oleh
seseorang individu atau kumpulan terhadap individu yang lain.Pengertian ini
merangkumi soal hati yang suci bagi memandu akal untuk membuat pertimbangan
yang baik.
1.2 Maksud budi dari
segi islam :
} Ialah adab,sopan santun yang
menggambarkan seseorang yang berakhlak dan beriman.
} Harus dipupuk sejak seseorang itu
masih kecil hinggalah seseorang individu itu dewasa.
} Rasulullah SAW pernah bersabda
Paling
dekat dengan aku kedudukannya pada hari kiamat ialah orang yang paling baik
akhlaknya dan sebaik-baik kamu ialah orang yang paling baik terhadap
keluarganya(Riwayat Ar-Ridha)
1.3 Maksud budi bagi masyarakat melayu :
} Jasa dan sumbangan yang diberikan
kepada individu lain.
} Merupakan 1 sifat atau perbuatan
yang merujuk kepada perbuatan yang menyenangkan hati orang lain.
} 1 elemen wajib badi individu.
} Untuk menjadi insan yang sempurna
pada mata masyarakat.
} Tidak mengharapkan balasan
} Membantu orang secara ikhlas.
} Budi merupakan tingkah laku individu
yang baik,sopan santun,berakhlak terpuji dan berwatak insan mulia serta
mempunyai akal fikiran yang baik dan bijaksana.
} Melambangkan sifat terpuji
} Melahirkan bicara yang santun dan
halus
} Menggambarkan ketinggian akal
fikiran dan kebijaksanaan yang tinggi.
} Tiada akhlak ,tiadalah budi..
2. MAKSUD BAHASA
Kamus
Dewan(2002) menjelaskan maksud bahasa ialah sistem lambang bunyi suara yang di
pakai sebagai alat hubungan dalam lingkungan satu kelompok manusia,percakapan
yang baik,tingkah laku yang baik dan sopan santun.
3. MAKSUD BUDI BAHASA.
} Pengertian secara literal secara
amnya terhad.
}
Tutur
bahasa,tingkah laku,pemikiran dan perasaan seseorang individu atau masyarakat.
} Ianya diamalkan sejak zaman dahulu
lagi
} Sifat seseorang individu maka
terbentuklah perkataan berbudi bahasa dan bukan berbudi dan berbahasa.
} Orang yang berbudi bahasa dikenali
sebagai budiman
3.1 MAKSUD
BUDI BAHASA DARI SEGI ISLAM.
} Budi bahasa dimaksudkan sebagai
akhlak atau peribadi yang mulia
} Dinilai melalui tutur kata yang baik
} Seseorang yang bersopan
santun,mempunyai akhlak yang mulia.agama islam menitik beratkan sikap berbudi
bahasa.budi bahasa mencerminkan cerminan budaya.
} Melalui sikap budi bahasa,kita dapat
membina kehidupan ummah yang sihat,sejahtera, dan mampu memperkasakan tamadun
tinggi.
3.2 MAKSUD
BUDI BAHASA DARI PANDANGAN BUDDHA.
} Words have the power to both destroy
and heal.When words are both true and kind,they can change our world..
} Ajaran Konfusius menekankan konsep
lima hubungan yang dikenali sebagai Wulan yang mementingkan hubungan yang baik
dan harmoni antara raja dan menteri,ayah dan anak, suami dan isteri,abang dan
adik dan kawan.
} Akan terjalin sekiranya wujud nilai
berbudi bahasa.
3.3 MAKSUD
BUDI BAHASA DARI PANDANGAN HINDU.
} Memang sangat dititikberatkanbagi
mewujudkan perpaduan yang erat.
} Nilai dan kepercayaan ini
diperturunkan daripada satu generasi kepada generasi yang seterusnya.
} Aspek ashrama dharma =tahap
yang harus dilalui oleh manusia dan aspek purusharta yang merangkumi 4 objektif
mulia
} Aramldharma,porullartha,inbamlkama
dan vidulmoksha yang berasaskan moral dan etika termasuk budi bahasa dalam
menjalani kehidupan seharian.
4. CIRI-CIRI ORANG YANG BERBUDI BAHASA.
} Bermaksud tutur kata yang
diaplikasikan oleh seseorang secara tertib dan sopan semasa berkomunikasi
dengan orang lain.
} Apabila seseorang hendak bercakap
atau bertegur sapa dengan seseorang yang lain,bahasa yang hendak digunakan
mestilah difikirkan dan diteliti dengan halus terlebih dahulu.
} Jesteru, budi bahasa merujuk kepada
tutur kata,kelakuan,sopan santun,tatatertib,akal kebijaksanaan dan perbuatan
kebajikan yang bergabung atau bercantum dalam bentuk kata kata yang menpunyai
nilai akhlak mulia.
} Budi bahasa bukan sekadar pertuturan
malah melibatkan tingkah laku.menurut Za’ba(1950),sifat ini dicernakan oleh
tingkah laku yang baik seperti
} Bersalam
} Menunjukkan muka yang manis
} Cara duduk yang tertib
} Melayan tetamu dengan menghidankan
juadah
} Membongkokkan badan ketika melintas
dan menggunakan ibu jari apabila menunjuk sesuatu.
KESIMPULAN.
*Orang yang berbudi bahasa memiliki akhlak yang
sangat mulia
*Tingkah laku yang santun
*Pemikiran yang luhur
*Perasaa yang tenang
*Gerak laku yang tertib
*Hati yang mulia
*Sentiasa memberikan kebaikan kepada orang lain
*Tidak mementingkan diri sendiri .
Salam pengenalan dari penulis…..
ASSALAMUALAIKUM w.b.t…
Dalam memenuhi kehendak tugasan kami yang berada di bawah program
Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PPISMP) , kami
dikehendaki membina sebuah blog di bawah
tajuk ‘KESANTUNAN MASYARAKAT MALAYSIA’.
Oleh itu, disini saya , MARIAM BINTI NORDEN dan rakan seperjuangan saya,
DAYANG AQILAH FATINI membina blog ini yang merupakan pengenalan kepada bidang
KESANTUNAN MASYARAKAT MALAYSIA yang menekankan aspek-aspek penting sebagai
pendedahan kepada para pelajar pada tajuk tajuk asas yang difikirkan sesuai
untuk dibincang dan dibahaskan dalam kumpulan tutorial mahupun di dalam kuliah.
Kami juga berharap blog ini menjadi rujukan siswa siswi guru yang mengikuti
Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan pada masa akan nanti.
Penulisan di blog ini juga
merupakan pengalaman pertama kami dalam menulis, mengupas dan membincangkan
berkaitan kursus ini. Penghasilan blog ini merupakan kolaborasi saya dan rakan
seperjuangan di IPG KAMPUS PULAU PINANG
ini. Oleh itu, memang sewajarnya terdapat kelemahan dan kekurangan dalam penulisan
dalam blog kami. Dengan itu, kami akan cuba sehabis daya dan sehabis baik kami
dalam memperbaiki info-info dalam blog kamike arah yang lagi baik dari semasa
ke semasa. Sekian, pengenalan kata dari kami. Semoga blog kami banyak
membantu anda.
Subscribe to:
Posts (Atom)