Saturday, August 16, 2014

Salam pengenalan dari penulis…..


  ASSALAMUALAIKUM w.b.t…
  Dalam memenuhi kehendak tugasan kami yang berada di bawah program Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PPISMP) , kami dikehendaki  membina sebuah blog di bawah tajuk ‘KESANTUNAN MASYARAKAT MALAYSIA’.      
    
    Oleh itu, disini saya , MARIAM BINTI NORDEN dan rakan seperjuangan saya, DAYANG AQILAH FATINI membina blog ini yang merupakan pengenalan kepada bidang KESANTUNAN MASYARAKAT MALAYSIA yang menekankan aspek-aspek penting sebagai pendedahan kepada para pelajar pada tajuk tajuk asas yang difikirkan sesuai untuk dibincang dan dibahaskan dalam kumpulan tutorial mahupun di dalam kuliah. Kami juga berharap blog ini menjadi rujukan siswa siswi guru yang mengikuti Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan pada masa akan nanti.

   
  Penulisan di blog ini juga merupakan pengalaman pertama kami dalam menulis, mengupas dan membincangkan berkaitan kursus ini. Penghasilan blog ini merupakan kolaborasi saya dan rakan seperjuangan di  IPG KAMPUS PULAU PINANG ini. Oleh itu, memang sewajarnya terdapat kelemahan dan kekurangan dalam penulisan dalam blog kami. Dengan itu, kami akan cuba sehabis daya dan sehabis baik kami dalam memperbaiki info-info dalam blog kamike arah yang lagi baik dari semasa ke semasa. Sekian, pengenalan kata dari kami. Semoga blog kami banyak membantu anda. 

No comments:

Post a Comment