Saturday, August 16, 2014

KONSEP BUDI BAHASA DALAM MASYARAKAT MALAYSIA.

1.MAKSUD BUDI.

1.1 Maksud budi dari segi bahasa dan istilah :

}  Menurut Kamus Dewan(2005),budi ialah akal dan kebijaksanaan,atau perangai,akhlak,tingkah laku,kelakuan,watak atau sifat baik,perbuatan yang baik,kebajikan,bicara dan daya upaya yang baik.Ini membawa maksud budi ialah kebaikan atau kebijaksanaa yang dilakukan oleh seseorang individu atau kumpulan terhadap individu yang lain.Pengertian ini merangkumi soal hati yang suci bagi memandu akal untuk membuat pertimbangan yang baik.

1.2  Maksud budi dari segi islam :
}  Ialah adab,sopan santun yang menggambarkan seseorang yang berakhlak dan beriman.
}  Harus dipupuk sejak seseorang itu masih kecil hinggalah seseorang individu itu dewasa.
}  Rasulullah SAW pernah bersabda
Paling dekat dengan aku kedudukannya pada hari kiamat ialah orang yang paling baik akhlaknya dan sebaik-baik kamu ialah orang yang paling baik terhadap keluarganya(Riwayat Ar-Ridha)

1.3  Maksud budi  bagi masyarakat melayu :
}  Jasa dan sumbangan yang diberikan kepada individu lain.
}  Merupakan 1 sifat atau perbuatan yang merujuk kepada perbuatan yang menyenangkan hati orang lain.
}  1 elemen wajib badi individu.
}  Untuk menjadi insan yang sempurna pada mata masyarakat.
}  Tidak mengharapkan balasan
}  Membantu orang secara ikhlas.


 1.4  Kesimpulannya , makna BUDI ini apabila dirangkumkan membawa maksud :
}  Budi merupakan tingkah laku individu yang baik,sopan santun,berakhlak terpuji dan berwatak insan mulia serta mempunyai akal fikiran yang baik dan bijaksana.
}  Melambangkan sifat terpuji
}  Melahirkan bicara yang santun dan halus
}  Menggambarkan ketinggian akal fikiran dan kebijaksanaan yang tinggi.
}  Tiada akhlak ,tiadalah budi..






2. MAKSUD BAHASA
Kamus Dewan(2002) menjelaskan maksud bahasa ialah sistem lambang bunyi suara yang di pakai sebagai alat hubungan dalam lingkungan satu kelompok manusia,percakapan yang baik,tingkah laku yang baik dan sopan santun.


3. MAKSUD BUDI BAHASA.
}  Pengertian secara literal secara amnya terhad.
}  Tutur bahasa,tingkah laku,pemikiran dan perasaan seseorang individu atau masyarakat.
}  Ianya diamalkan sejak zaman dahulu lagi
}  Sifat seseorang individu maka terbentuklah perkataan berbudi bahasa dan bukan berbudi dan berbahasa.
}  Orang yang berbudi bahasa dikenali sebagai budiman




3.1 MAKSUD BUDI BAHASA DARI SEGI ISLAM.
}  Budi bahasa dimaksudkan sebagai akhlak atau peribadi yang mulia
}  Dinilai melalui tutur kata yang baik
}  Seseorang yang bersopan santun,mempunyai akhlak yang mulia.agama islam menitik beratkan sikap berbudi bahasa.budi bahasa mencerminkan cerminan budaya.
}  Melalui sikap budi bahasa,kita dapat membina kehidupan ummah yang sihat,sejahtera, dan mampu memperkasakan tamadun tinggi.

3.2 MAKSUD BUDI BAHASA DARI  PANDANGAN BUDDHA.
}  Words have the power to both destroy and heal.When words are both true and kind,they can change our world..
}  Ajaran Konfusius menekankan konsep lima hubungan yang dikenali sebagai Wulan yang mementingkan hubungan yang baik dan harmoni antara raja dan menteri,ayah dan anak, suami dan isteri,abang dan adik dan kawan.
}  Akan terjalin sekiranya wujud nilai berbudi bahasa.

3.3 MAKSUD BUDI BAHASA DARI PANDANGAN HINDU.
}  Memang sangat dititikberatkanbagi mewujudkan perpaduan yang erat.
}  Nilai dan kepercayaan ini diperturunkan daripada satu generasi kepada generasi yang seterusnya.
}  Aspek ashrama dharma =tahap yang harus dilalui oleh manusia dan aspek purusharta yang merangkumi 4 objektif mulia
}  Aramldharma,porullartha,inbamlkama dan vidulmoksha yang berasaskan moral dan etika termasuk budi bahasa dalam menjalani kehidupan seharian.





4. CIRI-CIRI ORANG YANG BERBUDI BAHASA.

}  Bermaksud tutur kata yang diaplikasikan oleh seseorang secara tertib dan sopan semasa berkomunikasi dengan orang lain.
}  Apabila seseorang hendak bercakap atau bertegur sapa dengan seseorang yang lain,bahasa yang hendak digunakan mestilah difikirkan dan diteliti dengan halus terlebih dahulu.
}  Jesteru, budi bahasa merujuk kepada tutur kata,kelakuan,sopan santun,tatatertib,akal kebijaksanaan dan perbuatan kebajikan yang bergabung atau bercantum dalam bentuk kata kata yang menpunyai nilai akhlak mulia.
}  Budi bahasa bukan sekadar pertuturan malah melibatkan tingkah laku.menurut Za’ba(1950),sifat ini dicernakan oleh tingkah laku yang baik seperti
}  Bersalam
}  Menunjukkan muka yang manis
}  Cara duduk yang tertib
}  Melayan tetamu dengan menghidankan juadah
}  Membongkokkan badan ketika melintas dan menggunakan ibu jari apabila menunjuk sesuatu.


KESIMPULAN.
             *Orang yang berbudi bahasa memiliki akhlak yang sangat mulia
*Tingkah laku yang santun
*Pemikiran yang luhur
*Perasaa yang tenang
*Gerak laku yang tertib
*Hati yang mulia
*Sentiasa memberikan kebaikan kepada orang lain

*Tidak mementingkan diri sendiri .

No comments:

Post a Comment