Sunday, October 12, 2014

BAB 5 : STRATEGI KESANTUNAN
5.1  STRATEGI  KESANTUNAN  VERBAL.
Kesantunan verbal membawa maksud kesantunan yang memperlihatkan secara lisan atau bukan bertulis. Bahasa halus digunakan dengan meluas dalam ungkapan bertatasusila. Bahasa halus ini digunakan supaya tidak menyinggung perasaan orang lain semasa berkomunikasi .
Contoh :
·         Terima kasih
·         Selamat datang
·         Sila masuk
·         Jemput duduk
·         Tolong hulurkan bantuan
·         Minta kerjasama
Penggunaan bahasa halus juga melibatkan penggunaan intonasi yang sesuai, iaitu ditandai nada pengucapan yang rendah, lembut, dan sesuai, walaupun sewaktu menyindir, tidak akan menyinggung perasaan orang lain. Kesantunan dalam berbahasa juga dapat dilihat dalam penggunaan kata panggilan atau rujukan kehormat yang betul dan sesuai.
Dalam bahasa melayu, penggunaan kata ganti nama diri orang berkait rapat dengan bentuk sapaan yang mengambil alih kata ganti nama untuk memberikan penghormatan dan kemuliaan kepada seseorang. Contohnya, sekiranya seseorang itu pensyarah yang berpangkat doctor falsafah, adalah menjadi kesilapan besar sekiranya kita memanggil beliau dengan panggilan encik.


Contoh – contoh penggunaan strategi kesantunan verbal yang terdapat dalam kehidupan masyarakat Malaysia :
1.      Strategi toleransi
Contoh : member keutamaan kepada orang yang lebih tua untuk memulakan sesuatu percakapan

2.      Strategi bertimbang rasa
Contoh : “saya memahami situasi tuan dan akan menyelesaikan masalah tersebut dengan segera“

3.      Strategi memberi salam
Contoh : mengucap “selamat pagi” atau “assalamualaikum” apabila bertemu dengan orang lain

4.      Strategi bersopan santun
Contoh : menggunakan sistem panggilan yang betul dan sesuai dengan keadaan

5.      Strategi ramah mesra
Contoh : mengalu-alukan kedatangan tetamu ke rumahnya

6.      Strategi tidak mementingkan diri sendiri
Contoh : member cadangan atau nasihat yang sesuai dengan penuh kesopanan dan lemah lembut

7.      Strategi merendah diri
Contoh : “silalah datang ke rumah saya yang tidak seberapa ini “

8.      Strategi berterima kasih

Contoh: mengucapkan terima kasih kepada orang yang telah menghulurkan bantuan kepada kita.

No comments:

Post a Comment