Monday, September 8, 2014


1. Pohon pandan pohon berduri,
    Dipandang amat sedap;
    Hidup di dunia bahasa dan budi,
    Serta juga tertib beradab.

2.Yang kurik kundi,
    Yang merah saga;
    Yang cantik budi,
    Yang indah bahasa.

3. Perigi dikatakan telaga,
    Tempat budak menumpang mandi;
    Emas merah ada berharga,
    Budi bahasa bernilai abadi.


            Bab 4 Peraturan Berbahasa


Peraturan berbahasa dibahagikan kepada 3 jenis individu:

i) Peraturan linguistik

PERATURAN PENGGUNAAN BAHASA :
  • ·         SEBUTAN
  • ·         INTONASI- penggunaan intonasi yang sesuaI mengikut keadaan
  • ·        TATABAHASA- Penggunaan tanda baca , penggunaa kata  ganti diri
Tujuan:

- untuk menjaga kesempurnaan perjalanan sesuatu urusan
- memastikan bahawa semua yang terlibat dengan urusan dapat mengurangkan jurang 
 komunikasi
  -  Mesej yang disampaikan tepat dan jelas



ii) Peraturan sosiolinguistik

·                     PERATURAN YANG MENGAWAL KETERTIBAN SESEORANG KETIKA BERTUTUR DENGAN SESEORANG YANG LAIN.
·                     CTH; 
·                     Penggunaan kata sapaan yang betul seperti panggilan hormat kepada orang kenamaan dan panggilan kepada ahli keluarga.


Dibahagikan kepada 2 bentuk iaitu

- Menitikberatkan hubungan antara pembicara dengan pendengar (komunikasi lisan)

- Menitikberatkan hubungan antara penulis dengan pembaca(komunikasi tulisan)

Tujuan:

Peraturan yang mengawal ketertiban seseorang ketika bertutur dengan seseorang yang lain.


iii) Peraturan pragmatik

Menekankan penggunaan bahasa yang perlu disesuaikan dengan tujuan komunikasi


Peraturan berbahasa menitikberatkan beberapa aspek penting seperti:

Jarak sosial

Konteks percakapan

Tujuan dan matlamat

Giliran bercakap

Memula dan mengakhiri percakapan

Pemilihan kata



²  JARAK SOSIAL

Faktor- faktor yang mempengaruhi jarak sosial ialah darjah keakraban, perbezaan status, usia, jantina, pendidikan, kelas dan pekerjaan.

²  KONTEKS PERCAKAPAN

Ciri-ciri konteks percakapan dibahagikan kepada 8 jenis iaitu, penutur, pendengar, topik pembicaraan, latar, penghubung bahasa lisan dan tulisan, laras bahasa, bentuk pesanan dan maklumat dan peristiwa percakapan.

²  TUJUAN DAN MATLAMAT

- Berkait rapat dengan latar belakang khayalak seperti ciri-ciri demografi iaitu bangsa, etnik, agama, budaya, usia, jantina, pendidikan dan sosioekonomi.

- Selari dengan kekhususan topik yang dibicarakan

- Bertepatan dengan suasana keadaan

²  GILIRAN BERCAKAP

Masyarakat Melayu akan mendahulukan orang-orang tua semasa dalam perbualan

²  Memulakan dan Mengakhiri Percakapan

Termasuk dalam aspek sosiolinguistik

MEMULAKAN DAN MENGAKHIRI PERCAKAPAN

·         MEMULAKAN PERCAKAPAN
  •   Ucapan sejahtera
  •   Bertanya khabar
  •   Mengajukan pertanyaan


·         MENGAKHIRI PERCAKAPAN

  • ·         Ucapan terima kasih
  • ·         Pernyataan yang menerangkan bahawa percakapan harus diakhiri


PEMILIHAN KATA

Gelaran pergaulan bebas

  • Cik-perempuan yang belum berkahwin
  • Encik-untuk lelaki sahaja
  • Puan-wanita yang sudah berkahwin


Gelaran warisan

Gelaran keturunan seperti dayang, puteri, putera, tengku, sharifah



No comments:

Post a Comment